KUALA LUMPUR, 21 Jun 2023 – Setel ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kewangan kerana dilantik sebagai salah satu penyedia perkhidmatan e-Dompet untuk program eBeliaRahmah, sekaligus menyokong usaha Kerajaan untuk meringankan beban kewangan serta membudayakan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Mulai 26 Jun hingga 31 Ogos 2023, belia Malaysia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar Malaysia sepenuh masa yang berdaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia layak menuntut kredit eBeliaRahmah RM200 secara ‘one-off’ melalui aplikasi Setel.

“Setel berbesar hati untuk menyokong program eBeliaRahmah, selari dengan tujuan kami untuk memupuk budaya masyarakat tanpa tunai dan mempromosikan transaksi kewangan yang lebih selamat dan berkesan. Diperkasa dengan penerimaan di lebih 1.6 juta kedai runcit di seluruh negara dan di rangkaian stesen minyak terbesar Malaysia yang merangkumi lebih 1,000 stesen PETRONAS di seluruh negara, belia yang layak memohon eBeliaRahmah melalui aplikasi Setel boleh membeli-belah di kedai runcit yang memaparkan kod QR Setel, DuitNow, dan di mana-mana stesen PETRONAS. Setel berharap dapat membantu meringankan beban kewangan belia melalui insentif tambahan kami dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan ekonomi bagi perniagaan tempatan dan menyokong peralihan mereka ke arah pembayaran tanpa tunai dengan lancar.” kata Mazlin Erawati Ab Manan, Ketua Pegawai Eksekutif Setel.

“Pengumuman Setel sebagai penyedia perkhidmatan e-Dompet eBeliaRahmah telah mencetuskan tahap penglibatan dan galakan yang luar biasa daripada orang ramai. Berdasarkan maklum balas yang positif, kami teruja untuk mengumumkan manfaat tambahan yang ditawarkan oleh Setel, selari dengan objektif utama inisiatif ini: untuk memenuhi keperluan harian individu muda sambil memacu perkembangan ekonomi bagi perniagaan tempatan.” kata Mazlin Erawati Ab Manan, Ketua Pegawai Eksekutif Setel.

Dapatkan pulangan tunai tambahan sehingga RM105 dengan berbelanja di 1.6 juta kedai runcit di seluruh negara, di lebih 1,000 stesen PETRONAS, di cawangan Café Mesra, serta pembelian dalam talian di PETRONAS Shop, dan promosi selamat datang RM10 untuk semua pengguna baharu.

Untuk memohon RM200 kredit ‘one-off’, belia yang layak perlu memuat turun atau mengemas kini kepada versi terkini aplikasi Setel dan melengkapkan pengesahan akaun melalui e-KYC. Jumlah tersebut akan dikreditkan ke Dompet eBeliaRahmah pengguna dalam aplikasi selepas permohonan berjaya, dan akan dimaklumkan melalui notifikasi dan mesej peti masuk aplikasi. Kredit ini boleh digunakan untuk pembelian di mana-mana kedai runcit yang menerima kod QR Setel dan DuitNow serta di stesen PETRONAS seluruh negara. Kredit perlu digunakan sebelum 31 Ogos 2023 dan tidak boleh dipindahkan ke akaun e-Dompet lain. Untuk maklumat lanjut, sila lawat https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/etunai-rahmah.html
Setel Logo

Introduced in July 2018, Setel is a mobile platform that aims to delight customers by innovating for better, inclusive mobility. Setel serves customers across Malaysia by powering one app as the constant companion to ease motorists’ journey across fuelling, parking, EV charging, motor takaful/insurance, road tax renewal, 24/7 auto assistance, purchases, and more across PETRONAS petrol stations, retail partners, and online merchants. Download Setel for free from App Store, Google Play Store and Huawei AppGallery, or find out more at https://www.setel.com.

Share this news article

Other news

Alamanda shopping centre

Frame 14191

e-Receipt that is available instantly.

Popup E Receipts

Statements with details of every transaction.

Popup Transaction Statement

Day & time acceptance

C4

Product type acceptance

C3

Petrol station acceptance

C2

Velocity limit

C1

E-receipt

Image2

Dashboard

Bf Pop Xl
Bf Pop M
Bf Pop S

Step 5

Z5

Step 4

Z4

Step 3

Z3

Step 2

Z2

Step 1

Z1

Step 3

V3

Step 2

V2

Step 1

V

Precinct 4 & 5

2232

Precinct 2

434

Precinct 2 & 3

3323

Available at

Available at

Available at

Available at

Available at

Available at

Supermarket & Grocery Mart – Fresh Meat & Foods

Supermarket & Grocery Mart – Frozen Foods

Supermarket & Grocery Mart – Fruits & Vegetables

Supermarket & Grocery Mart – Organic Food

Supermarket & Grocery Mart – Seafood

Specialty & Services – Logistics

Specialty & Services – Food Delivery & Meal Prep