KUALA LUMPUR, Malaysia – 3 Julai 2023 – Pembekal tenaga bersih Gentari Sdn Bhd (Gentari) melalui anak syarikat milik penuhnya Gentari Green Mobility Sdn Bhd telah mengaktifkan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) dengan kerjasama EV Connection Sdn Bhd (EVC) dan Green EV Charge Sdn Bhd (GEV), anak syarikat Yinson GreenTech (YGT). Ketiga-tiga rakan kongsi tersebut menghadiri Energy Asia 2023 untuk mempamerkan dan memperkenalkan rangkaian pengecasan kepada para hadirin.

Kerjasama ini meluaskan akses pengguna kepada tapak pengecas dalam rangkaian Gentari, JomCharge, dan chargEV. Tambahan pula, pengguna dapat menjejak keseluruhan pengecasan mereka sama ada melalui aplikasi Setel, JomCharge atau chargEV. Pemandu EV dapat mengakses stesen pengecas, serta aktifkan dan bayar dari mana-mana platform rakan kongsi dengan mudah – ini memberi kemudahan dan ketenangan minda yang dipertingkatkan. Melalui rangkaian pengecasan, pengguna EV mempunyai akses mudah kepada lebih 600 tapak pengecas di seluruh Malaysia termasuk Malaysia Timur, bersamaan dengan kira-kira 60% daripada tapak pengecas EV dalam negara ini. Ini terdiri daripada lebih 150 tapak pengecas Gentari, lebih 320 tapak pengecas chargEV dan lebih 100 tapak pengecas JomCharge.

“Menawarkan kemudahan akses dan penggunaan infrastruktur pengecasan yang mudah adalah penting untuk memacu peralihan kepada EV. Dengan kerjasama pengecasan ini, kami dapat menawarkan akses kepada rangkaian yang luas untuk memperkasakan pemandu EV dengan keyakinan, meningkatkan bilangan tapak pengecas yang boleh diakses pada kadar yang sebaliknya menjadi cabaran bagi pemilik individu rangkaian. Kami saling komited untuk terus memupuk inovasi dan kerjasama ke arah mencapai kemajuan dan kepantasan bersama dalam membina ekosistem yang diperlukan untuk mendorong penggunaan EV yang lebih luas,” kata Shah Yang Razalli, Ketua Pegawai Eksekutif, Gentari Green Mobility Sdn Bhd.

“Kami percaya bahawa peristiwa ini penting dalam pembangunan infrastruktur pengecasan EV di Malaysia, di mana tiga pengendali tapak pengecas (CPOs) utama berkumpul untuk berinovasi dan membawa kemudahan kepada komuniti pengguna EV. Dengan usaha bersama kami, pengguna EV kini dapat menikmati pengalaman pengecasan yang lancar, di mana mereka boleh mencari dan mengakses lebih 600 tapak pengecasan merentas rangkaian pengecasan EVC, ChargEV dan Gentari menggunakan hanya satu aplikasi pilihan mereka. Pembangunan keupayaan pengecasan sistem teknikal kami juga adalah yang pertama di Malaysia, dan kami percaya lebih banyak CPO akan mengikutinya” tambah Dr Che Hang Seng, Pengarah Teknikal, EV Connection Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yinson Lim Chern Yuan turut mengulas, “Sebagai penyedia teknologi hijau yang terkemuka, YGT komited kepada peralihan inklusif, memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan dalam usaha mencapai masa depan bersih-sifar. Kerjasama chargEV dengan Gentari dan EV Connection merupakan satu langkah ke hadapan untuk mengembangkan rangkaian pengecasan EV dengan cepat, menjadikannya mudah diakses dan mudah untuk semua. Langkah ini memperkasakan perniagaan dan individu untuk menerima pengangkutan lestari.”

Setel Logo

Introduced in July 2018, Setel is a mobile platform that aims to delight customers by innovating for better, inclusive mobility. Setel serves customers across Malaysia by powering one app as the constant companion to ease motorists’ journey across fuelling, parking, EV charging, motor takaful/insurance, road tax renewal, 24/7 auto assistance, purchases, and more across PETRONAS petrol stations, retail partners, and online merchants. Download Setel for free from App Store, Google Play Store and Huawei AppGallery, or find out more at https://www.setel.com.

Share this news article

Other news

Alamanda shopping centre

Frame 14191

e-Receipt that is available instantly.

Popup E Receipts

Statements with details of every transaction.

Popup Transaction Statement

Day & time acceptance

C4

Product type acceptance

C3

Petrol station acceptance

C2

Velocity limit

C1

E-receipt

Image2

Dashboard

Bf Pop Xl
Bf Pop M
Bf Pop S

Step 5

Z5

Step 4

Z4

Step 3

Z3

Step 2

Z2

Step 1

Z1

Step 3

V3

Step 2

V2

Step 1

V

Precinct 4 & 5

2232

Precinct 2

434

Precinct 2 & 3

3323

Available at

Available at

Available at

Available at

Available at

Available at

Supermarket & Grocery Mart – Fresh Meat & Foods

Supermarket & Grocery Mart – Frozen Foods

Supermarket & Grocery Mart – Fruits & Vegetables

Supermarket & Grocery Mart – Organic Food

Supermarket & Grocery Mart – Seafood

Specialty & Services – Logistics

Specialty & Services – Food Delivery & Meal Prep