Tingkatkan pengalaman pengecasan EV dengan Setel

Menawarkan cara pembayaran tanpa tunai dan pengurusan pengecasan mudah menerusi aplikasi.

Dikuasakan oleh

Pelbagai pembekal pengecas

Kami bekerjasama dengan beberapa pembekal pengecas EV untuk memperluaskan kemudahan. Boleh guna Setel untuk pelbagai jenama pengecas EV.

Tukar laman isi minyak kepada pengecas Ev dengan mudah.

Memilih kenderaan EV akan memudahkan anda cari pengecas yang sesuai.

Lihat status pengecasan

Cas dengan aman kerana anda boleh lihat status terkini menerusi aplikasi. Dengan Setel, anda boleh hentikan pengecasan sendiri.

Nikmati ganjaran segera

Dapatkan tawaran bermusim seperti mata ganjaran atau pulangan tunai selepas setiap transaksi. Gunakannya untuk pembayaran seterusnya

Bagaimana hendak cas kenderaan elektrik dengan Setel?

Langkah 1

Buka Setel dan tekan ‘Pengecasan EV’.

Langkah 2

Letak kenderaan di sebelah pengecas dan tekan ‘Mula mengecas’.

Langkah 3

Pilih pengecas yang sesuai dan tekan ‘Aktifkan pengecas’.

Langkah 4

Lihat kadar dan status pengecasan di aplikasi Setel.

Langkah 5

Setel! Bayar dan nikmati mata ganjaran Mesra Rewards.

Cara ubah halaman menjadi pengecasan EV

Langkah 1

Sentuh ikon kenderaan.

Langkah 2

Masukkan kenderaan untuk cipta profil EV.

Langkah 3

Kini laman Setel akan memaparkan pengecas EV terdekat.

Langkah 4

Tukar kenderaan untuk ubah halaman kepada isi minyak atau pengecasan Ev.

Nikmati pulangan tunai RM9* bila anda daftar guna kod
“c-evc9” dan tambah nilai minimum RM30.

Sah sehingga 30 Jun 2023. Sah untuk pengguna baharu sahaja.
Tertakluk Terma & Syarat

Pengalaman sebenar guna Setel

It’s more convenient to use Setel for EV charging because I am already a customer to Setel. It’s like one app for me to use ICE car and EV. It’s as easy as like that.

Zahari

EV Owner

I don’t need to open other app, it’s all in Setel. Let say I drive a plug in hybrid, today I fill up petrol at PETRONAS and tomorrow I go charge my car, so it would be an app to cover most of the cars.

Justin

EV Owner

With Setel, I can pay fast and conveniently. I really like to pay via Setel because I have already topped up in Setel for fuel, so whenever I encounter EV chargers with Setel, I will use.

Raihan

EV Owner

Apa lagi yang kami boleh Setel untuk anda?

Soalan lazim

Setel membuka jalan ke arah mobiliti inklusif dengan menyediakan ciri pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang baru. Pengguna EV Setel kini boleh menemui stesen pengecasan pilihan mereka dan jenis pengecas, mengaktifkan pengecas melalui aplikasi dari dalam EV mereka, mengecas kenderaan , membayar melalui Dompet Setel, & dan nikmati mata ganjaran Mesra Rewards bagi setiap transaksi.

1. Pergi ke ikon Pencarian yang terletak di bahagian atas kiri laman utama aplikasi Setel.

2. Pilih pengecas EV untuk cari stesen pengecas terdekat.

3. Tekan Pandu Arah untuk pergi ke sana.

1. TekanMula mengecas untuk hidupkan proses.

2. Pilih pengecas yang sesuai dan tekan Aktifkan Pengecas.

3. Apabila pengecas sudah disambungkan, anda boleh mula mengecas selepas menyambung kabel kepada pengecas dan kenderaan.

Setelah anda selesai mengecas kereta anda, anda boleh menghentikan pengecasan dengan mencabut penyambung dari kereta anda, kunci kereta, atau pengecas. Jangan lupa mencabut penyambung dari kenderaan anda agar pengguna lain dapat menggunakannya. Jika anda membawa kabel pengecas sendiri, pastikan untuk mengambilnya kembali setelah pengecasan selesai.

Pastikan sesi mengecas telah dihentikan sepenuhnya sebelum menanggalkan penyambung.

Anda boleh semak status pengecasan di aplikasi apabila kabel sudah disambungkan pada kenderaan.

Setel ada pengecas jenis berikut:

1. Type 2 (7.4kW)

2. CCS (180kW)

3. CHAdeMO (50kW)

4. CCS (50kW)

5. Type 2 (50kW)

Kadar tenaga menentukan tenaga cas maksimum yang pengecas boleh berikan kepada kenderaan tersebut.

Sayangnya, fungsi ini hanya tersedia untuk pengguna Setel. Anda cuma perlu muat turun Setel dan daftar guna kod: c-evc9 untuk menikmati pulangan tunai RM9* hari ini!

Anda perlu bawa kabel pengecas anda sendiri di kawasan pengecas AC perlahan — Type 2 (7.4kW and 22kW), yakni di Lotus’s Tesco Kepong dan EV Connection Workshop di Petaling Jaya.

Bagi lokasi pengecas DC laju — CCS (180kW) seperti ACO HQ Johor Bahru dan CHAdeMO, CCS, Type 2(50kW), yang terletak di Carsome PJ Automall di Shangri-La’s Rasa Sayang Resort Penang, kabel pengecas akan disediakan oleh pembekal.

Tiada masa pengecasan minimum. Kadar bayaran ditentukan mengikut masa pengecasan.

Tiada masa pengecasan maksimum. Tetapi, memandangkan pengguna EV lain juga perlu mengecas kenderaan mereka, timbang rasa anda diperlukan dengan meletakkan kenderaan anda di ruang yang disediakan dan mencabut kabel sebaik sahaja pengecasan anda selesai.

Anda boleh mengesan lokasi stesen pengecasan EV berdekatan anda melalui aplikasi. Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengalaman anda agar anda dapat memeriksa ketersediaan stesen pengecasan. Terus ikuti saluran media sosial atau laman web kami untuk berita terkini!

Kadar pengecasan Setel adalah:

NoStationConnectors
1Lotus’s Tesco KepongType 2 (7.4kW)
2EV Connection WorkshopType 2 (22kW)
3ACO HQ Johor BahruCCS (180kW)
4Carsome PJ AutomallCHAdeMO, CCS, Type 2 (50kW)
5Shangri-La’s Rasa Sayang Resort PenangCHAdeMO, CCS, Type 2 (50kW)
6Pantai Hospital KLType 2 (22kW)
7Sembayu Villa Negeri SembilanType 2 (22kW)
8The Nizra BuildingCHAdeMO, CCS, Type 2 (50kW)
9TJM Cars Kuantan CHAdeMO, CCS, Type 2 (60kW)
10UTP Kompleks Canselor Type 2 (22kW)
11PETRONAS Rasah CHAdeMO, CCS (17kW)
12PETRONAS KLS Arah Kuala Selangor (LATAR 1)CHAdeMO, CCS (15.5kW)
13PETRONAS KLS Arah Kuala LumpurCHAdeMO, CCS (12.5kW)
14PETRONAS Juru Layby Arah UtaraCCS (20kW)
15PETRONAS R&R Gunung SemanggolCCS (20kW)
16PETRONAS Gambang Arah TimurCSS (90kW)
17Setia City Convention Centre – Hall 1CHAdeMO, CCS, Type 2 (50kW)
18Setia City Convention Centre – Hall 1 Type 2 (11kW)
19Petronas Pedas Linggi Layby Arah UtaraCCS (180kW)
20Suria KLCCType 2 (11kW), CCS (60kW)
21Mandarin Oriental Hotel (Outdoor)Type 2 (11kW)

Anda boleh membayar pengecasan EV di Setel dengan menggunakan Dompet Setel. Lebih banyak cara pembayaran akan dibuka pada masa hadapan.

Anda akan menerima 1 mata ganjaran Mesra untuk setiap transaksi RM5.

Ya, buat masa ini, kami boleh digunakan di 5 lokasi. Kami sedang berusaha untuk memperluaskan lokasi penggunaan. Terus ikuti saluran media sosial atau peti masuk aplikasi kami untuk berita terkini!

Tak jumpa apa yang anda cari? Hubungi pasukan khidmat pelanggan kami.

Perlukan maklumat lanjut?

Jom ke Pusat Bantuan kami untuk maklumat lebih terperinci mengenai Setel.