Beli-belah dari kenderaan dengan Deliver2Me

Pesan guna aplikasi Setel dan barangan akan terus dihantar ke kenderaan anda. Boleh didapati di stesen PETRONAS.

Memastikan anda selamat & selesa

Memudahkan pemandu wanita dan ibu bapa yang mungkin sukar untuk keluar kereta. Hanya parkir, pesan, dan krew kami hantarkan.

Tak isi minyak? Anda tak perlu pun!

Tak isi minyak pun boleh guna Deliver2Me,  Pergi ke PETRONAS dan Deliver2Me kalau mengidam kopi dan pastri.

Beli-belah dengan mudah

Dengan Deliver2Me, anda hanya perlu parkir, buat pesanan, dan tunggu. Tak perlu tinggal kenderaan, jalan, atau beratur. 

Kumpul mata ganjaran serta-merta

Kumpul mata ganjaran Mesra Rewards dengan setiap transaksi. Tebus mata ganjaran untuk minyak, hadiah, atau tawaran lain.

Ada lihat kedai berikut di stesen PETRONAS? Boleh pesan dari mereka guna Deliver2Me.

Nak cepat tapi lapar? Deliver2Me sahaja!

ISI MINYAK & PESAN

Langkah 1

Lihat barangan Deliver2Me di bawah skrin pengisian. Sentuh anak panah biru untuk lihat lagi.

Langkah 2

Lihat dan tambah barangan ke troli. Tapi perlu cepat. Sesi pengisian akan tamat dalam 60 saat.

Langkah 3

Semak barangan dalam troli anda dan bayar. Tekan ‘Mula pengisian sekarang’ untuk sambung pengisian.

Langkah 4

Mula isi minyak untuk kenderaan anda. Krew kami akan hantar barangan kepada anda.

PARKIR & BELI GUNA DELIVER2ME (WALAUPUN ANDA TAK MENGISI MINYAK)

Langkah 1

Buka Setel dan tekan ‘Pesan sekarang’.

Langkah 2

Lihat dan tambah barangan ke troli anda.

Langkah 3

Semak troli anda dan bayar.

Langkah 4

Sahkan kawasan menunggu dan tunggu krew kami menghantar barangan kepada anda.

Apa lagi yang kami boleh Setel untuk anda?

Perlukan maklumat lanjut?

Jom ke Pusat Bantuan kami untuk maklumat lebih terperinci mengenai Setel.