Guna Setel dengan Apple Watch

Pengguna iOS kini boleh bayar minyak guna Apple Watch (Series 2 dan ke atas).

Hanya sambungkan & bayar minyak dengan jam pintar anda

Setel akan terus dimuat turun ke Apple Watch setelah disambungkan ke peranti iOS anda. Tiada pendaftaran tambahan!

Hanya sambungkan & bayar minyak dengan jam pintar anda

Setel akan terus dimuat turun ke Apple Watch setelah disambungkan ke peranti iOS anda. Tiada pendaftaran tambahan!

Lebih laju dengan Pengisian sekali sentuh

Aktifkan Pengisian sekali sentuh di aplikasi Setel dan nikmati fungsi tersebut di jam anda. Hanya tekan sekali pada nombor pam dan jalan.

Lebih laju dengan Pengisian sekali sentuh

Aktifkan Pengisian sekali sentuh di aplikasi Setel dan nikmati fungsi tersebut di jam anda. Hanya tekan sekali pada nombor pam dan jalan.

Lebih laju dengan Pengisian sekali sentuh

Aktifkan Pengisian sekali sentuh di aplikasi Setel dan nikmati fungsi tersebut di jam anda. Hanya tekan sekali pada nombor pam dan jalan.

CARA MENGGUNAKANNYA

Pengisian selesai dalam 3, 2, Sekali-sentuh! 🚀

Sesuai untuk pemandu yang nak cepat. Tak perlu beratur atau bazir masa.

Langkah 1

Buka Setel di Apple Watch dan tekan nombor pam.

Langkah 2

Pam diaktifkan. Mulakan pengisian lalu teruskan perjalanan.

CARA MENGGUNAKANNYA

Bayar, isi minyak & jalan. Mudah sahaja.

Bayar minyak dengan mudah dan selamat dari kenderaan anda menggunakan Apple Watch. Guna telefon untuk tunjuk arah sahaja.

Langkah 1

Buka Setel di Apple Watch dan tekan ‘Beli minyak’.

Langkah 2

Pilih nombor pam.

Langkah 3

Tekan atau tambah bayaran menerusi percakapan atau coretan.

Langkah 4

Tekan ikon cara pembayaran untuk tukar pilihan. Tekan ‘Bayar’.

Langkah 5

Masukkan kod laluan Setel anda untuk mulakan pengisian.

Apple Watch tidak menyediakan fungsi tambah nilai dan hanya boleh dilakukan di aplikasi.
Sila semak baki Dompet Setel anda mencukupi sebelum mulakan pengisian.

Untuk pengalaman pengisian yang lancar, anda boleh aktifkan tambah nilai auto atau bayar terus guna kad bank anda.

Apa lagi yang kami boleh Setel untuk anda?

Soalan Lazim

Aplikasi Jam Setel bagi Apple Watch (Series 2 dan ke atas) akan dipasang secara automatik.

Sila pastikan aplikasi Setel dikemas kini kepada versi terbaru pada peranti iOS anda.

Ya, fungsi ini boleh digunakan oleh semua pengguna Setel versi 1.100 dan ke atas. Aplikasi jam Setel yang dimasukkan secara automatik kepada mereka yang memiliki Apple Watch (Series 2 dan ke atas).

Sila ambil maklum bahawa peranti iOS (iPhone) perlu berada dalam radar bluetooth untuk buka Setel di Apple Watch.

Anda perlu tambah kad kredit/debit anda ke aplikasi Setel terlebih dahulu.

 

Buka aplikasi dan tekan butang tambah nilai untuk tambah baki dompet. Setelah baki mencukupi, anda boleh mengisi minyak.

Anda tidak boleh menambah nilai melalui Apple Watch. Sebaliknya, anda perlu menambah nilai pada aplikasi Setel di telefon.

Anda perlu memilih cara pembayaran yang lain.

Jika anda menggunakan Pengisian sekali sentuh, anda perlu mengemas kini butiran pembayaran pada aplikasi Setel di telefon.

Jika anda menghadapi apa-apa masalah sambungan pam, atau langkah pengisian yang lain, sila buka aplikasi utama iOS untuk dapatkan bantuan.

Tidak.

Aplikasi jam mencerminkan aktiviti daripada aplikasi telefon, maka ia tidak boleh melakukan aktiviti berbeza.

Boleh jika pengisian belum bermula. Anda tidak boleh membatal pengisian setelah bermula, sama ada anda menggunakan aplikasi Setel di jam atau telefon.

Aplikasi jam Setel hanya boleh digunakan bersama iPhone.

Ia ialah aplikasi sokongan kepada versi iOS aplikasi Setel dan pengguna lain tidak boleh menggunakannya.

Berdasarkan panduan Kesihatan, Keselamatan, dan Alam Sekitar (HSE) PETRONAS, aplikasi Setel adalah selamat digunakan berdekatan pam.

Panduan sama diguna pakai untuk aplikasi jam Setel. Pengguna boleh buat pembayaran menggunakan aplikasi jam dari dalam kenderaan, tinggalkan telefon bimbit dalam kenderaan (bagi kenderaan 4-tayar), dan jalan ke pam untuk isi minyak.

Tak jumpa apa yang anda cari? Hubungi pasukankhidmat pelanggan.