Terdapat segilintir daripada kita yang tidak boleh hidup tanpa kopi. Hari tiada kopi ibarat langit tanpa mentari. Namun, hanya dengan satu hirupan cecair sakti yang diseduh daripada bijian ajaib bernama kopi, keadaan akan menjadi aman dan ceria. Hari ini, kami ingin mempersembahkan 3 kedai kopi yang menawarkan kaedah pembayaran lancar serta pulangan tunai 3%.
1. Tealive
Berikan tepukan gemuruh buatjenama tempatan yang sedang berkembang pesat dengan lebih 1000 cawangan di seluruh negara! Walaupun namanya ‘Tea’live, jenama ini telah berjaya menambat hati pencinta kopi dengan minuman Iced Caramel Machiatto yang tular baru-baru ini. Selain daripada macchiato, Tealive turut menyediakan minuman kegemaran ramai seperti americano, mocha, dan latte. Tidak lupa juga menu kopi istimewa seperti Black Diamond Coffee, Bang Bang Coffee, and Belgian Lotus Biscoff Coffee.
Untuk pengetahuan anda, anda boleh beli kopi di Tealive menggunakan Deliver2Me di cawangan terpilih yang terletak di stesen PETRONAS. Dengan Deliver2Me, anda boleh pesan dan tunggu minuman dari dalam kenderaan.
2. Café Mesra
Walaupun Café Mesra sinonim dengan Kedai Mesra PETRONAS, Café Mesra mempunyai identiti tersendiri sebagai sebuah kafe yang menawarkan kopi segar, pastri lazat, serta hidangan memuaskan dengan harga berpatutan.
Antara minuman yang terdapat di kafe ini adalah kopi air tangan barista yang berkualiti tinggi seperti Mesra Latte yang menjanjikan rasa unik yang tidak dapat di tempat lain. Selain itu, Café Mesra juga menawarkan dua konsep makanan baharu yang dipanggil Fusion dan SayHeart.
Fusion adalah masakan yang diilhamkan oleh pelbagai budaya dan masyarakat seperti Nasi Goreng Mesra dan Nadi Goreng Salsa. SayHeart pula adalah makanan sihat yang lazat seperti Ayam Masak Merah berasaskan tumbuhan dengan nasi kubis bunga, dan burger berasaskan tumbahan yang bebas gluten – amat sesuai untuk mereka yang menitikberatkan pemakanan.
Cawangan Café Mesra terletak di kawasan strategik seperti stesen PETRONAS terpilih, gedung membeli-belah, dan kawasan pejabat bagi memudahkan urusan jual-beli, dengan perkhidmatan pandu-lalu di Café Mesra PETRONAS USJ20. Anda juga boleh membeli minuman dan makanan dari Café Mesra menerusi Deliver2Me.
3. OLDTOWN White Coffee
Kedai kopi yang berasal dari Ipoh ini menawarkan kelazatan dan keaslian dengan Ipoh While Coffee tradisional yang diperbuat menggunakan campuran 3 jenis biji kopi. Setiap sedutan mempunyai kemanisan biji kopi Arabika yang disulam kepahitan Robusta serta kelazatan Liberika yang jarang digunakan.
Selain Ipoh White Coffee, OLDTOWN turun menawarkan sajian kopi unik seperti Coconut Candy White Coffee Latte dan Black Sesame White Coffee. Minuman berikut amat sesuai dinikmati bersama hidangan lazat seperti Crunchy Sugar Hainan Toast, Ipoh Chicken Hor Fun, atau Nasi Lemak kegemaran ramai.
Buat masa ini, OLDTOWN mempunyai lebih 200 cawangan di seluruh negara dan dieksport ke lebih 21 negara. Ini memang jenama tempatan yang mendunia!
Dapatkan kopi kegemaran anda dengan Setel QR
Nikmati secangkir kopi dengan Setel QR di Tealive, Café Mesra, dan OLDTOWN White Coffee dengan Setel QR untuk pembayaran lebih lancar. Hanya inbas kod QR Setel anda sewaktu pembayaran. Mudah kan?
Beli kopi (dan pelbagai barangan lain lagi) dengan Setel QR dari sekarang sehingga 31 Mac 2024 untuk nikmati pulangan tunai 3%. Nak lagi best?
Biar kami hantar kopi ke kenderaan anda dengan Deliver2Me
Tak perlu beratur untuk beli kopi dengan Deliver2Me oleh Setel. Pesan saja guna aplikasi. Tunggu di kenderaan sementara kami hantarkan pesanan. Boleh digunakan di cawangan terpilih dalam stesen PETRONAS.
Oh ya, kawan baik kita si Mesra akan memberi 3x mata ganjaran Mesra Rewards untuk pembelian Deliver2Me dan Kedai Mesra sehingga 31 Mac 2024.
Anda boleh dapatkan kopi lazat, pembayaran lancar, pulangan tunai, dan mata ganjaran Mesra Rewards berganda hanya dengan Setel. Nikmat apa lagi yang didustakan?
CARs AEON Mall KB