Jom siapkan kenderaan anda untuk jalan-jalan waktu cuti

Perempuan berambut coklat sedang memandu di sebuah jalan yang cantik dengan kepala dan tangannya keluar tingkap.

Musim cuti akhir tahun sudah tiba dan ini adalah masa untuk kita semua berehat setelah berhempas pulas sepanjang tahun. Salah satu caranya untuk melepaskan lelah adalah dengan mengembara jauh dari hiruk pikuk bandar menerusi sebuah jalan yang indah.

Selain daripada faktor kesihatan dan kewangan, perkara penting yang perlu dititikberatkan untuk pergi bercuti adalah keadaan kenderaan. Tak perlu kenderaan mewah atau baharu. Cuma perlu pastikan bahagian penting kenderaan anda seperti minyak hitam, pendingin (coolant), dan tayar berada dalam keadaan yang baik agar anda selamat sampai ke destinasi.

Minyak hitam perlu cukup

Seorang wanita menuang minyak hitam ke dalam enjin.

Minyak hitam adalah pelincir yang membersihkan, mengawal suhu, dan melindungi bahagian bergerak dalam enjin. Minyak ini memastikan bahagian enjin berfungsi dengan lancar dan mengawal suhu pembakaran.

Cara memeriksa minyak hitam adalah mudah. Anda cuma perlu menggunakan pengukur celup.

  1. Berhentikan kenderaan anda di jalan yang sekata.
  2. Tunggu sebentar untuk sejukkan enjin.
  3. Buka bonet.
  4. Cari pengukur celup, yang lazimnya berwarna kuning atau jingga.
  5. Bersihkan pengukur celup dan periksa tahap minyak hitam di tanda maksimum dan minimum.
  6. Celupkan semula ke tangki minyak untuk periksa tahap minyak hitam.
Pengukur celup kuning.

Tahap minyak hitam yang baik adalah di pertengahan minimum dan maksimum. Kekurangan minyak hitam boleh menyebabkan hakisan. Jika terus dibiarkan, injap boleh terbakar, pengedap akan kering, dan bahagian enjin akan menjadi panas lalu menyebabkan kerosakkan besar pada enjin. Terlebih minyak hitam juga tidak baik kerana boleh memberi tekanan berlebihan pada aci engkol (crankshaft), manjadikannya bocor.

Kawal suhu kenderaan dengan pendingin

Seowang wanita yang sedang susah hati berdiri di hadapan bonet kereta berasap.

Pendingin (yang turut dikenali sebagai antibeku) mengelakkan kenderaan daripada menjadi terlalu panas. Selain daripada kerosakan kekal yang mahal, kerata yang mengalami peningkatan suhu sangat merbahaya kerana boleh menyebabkan letupan.

Oleh itu, luangkan sedikit masa untuk periksa pendingin kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan. Masa yang diluangkan mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda.

  1. Pastikan suhu kenderaan anda berada di tahap yang baik.
  2. Buka bonet.
  3. Cari bekas pendingin.
  4. Pastikan tahap pendingin terletak di antara tanda minimum dan maksimum.
Sepasang tangan membuka bekas pendingin.

Kekurangan pendingin boleh menyebabkan peningkatan suhu merbahaya. Manakala pendingin berlebihan boleh menyebabkan kerosakan elektrik pada wayar enjin apabila cecair melimpah.

Pastikan tayar masih perkasa

2 pasang kaki di atas jalan yang basah, salah seorang sedang menukar tayar kereta.

Tanpa tayar, kenderaan tak boleh bergerak. Tayar yang baik boleh menjanjikan perjalanan yang lancar, sementara tayar yang tidak elok menjadikan pemanduan tidak selesa. Pemanduan akan menjadi lembab dan sukar untuk dikawal apabila tayar tidak cukup angin. Tayar yang terlebih angin pula akan menyebabkan ketidakstabilan, terutamanya apabila sedang memandu dengan laju. Untuk semak tekanan udara, anda cuma perlu tekan tayar menggunakan ibu jari. Tayar yang tidak cukup angin akan terasa lembut manakala tayar terlebih angin adalah amat keras.

Selain tekanan udara, penampilan tayar juga perlu dititikberatkan. Tayar yang mempunyai permukaan licin dengan bunga yang tidak kelihatan perlu ditukar sebelum memulakan perjalanan. Ini kerana tayar tersebut sudah haus dan mempunyai daya geseran yang rendah. Jika dibiarkan, kemungkinan besar kereta akan tergelincir lalu terbabas. Tayar yang mempunyai bonjolan dan keretakkan juga perlu ditukar serta merta bagi mengelakkan kemalangan kritikal dan membawa maut.

Jangan lupa periksa tayar ganti (spare tyre) juga.

Pastikan cukai jalan dan insurans kenderaan tidak tamat tempoh

Beberapa kon amaran disusun di tengah jalan raya.

Pihak berkuasa kerap menjalankan sekatan jalan raya terutamanya pada musim cuti. Oleh itu, pastikan cukai jalan anda masih belum tamat tempoh bagi mengelakkan saman yang tinggi. Periksa cukai jalan sekurang-kurangnya seminggu sebelum memulakan perjalanan. Aplikasi Setel menawarkan cara yang pantas dan mudah untuk perbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan. Jika tiada aral melintang, cukai jalan anda akan siap dalam masa 3 hari bekerja. Anda juga akan menerima 3% pulangan tunai cukai jalan (sah sehingga 31 Disember 2023) dah sehingga RM300 pulangan tunai insurans kenderaan – yang boleh digunakan untuk isi minyak, parkir, insurans kenderaan, Kedai Mesra, Deliver2Me, dan lain-lain pembelian menggunakan Setel QR dan DuitNow QR.

3% Pulangan Tunai Setel untuk fungsi terpilih.
Sehingga RM300 Pulangan Tunai Setel untuk insurans kenderaan.

Pemeriksaan kenderaan ringkas boleh dilakukan di rumah. Tetapi, jika anda tinggal di kediaman bertingkat seperti pangsapuri atau kondominium, anda dialu-alukan untuk lakukan pemeriksaan di stesen PETRONAS. Kami mempunyai pam tayar serta minyak hitam dan pendingin di Kedai Mesra – yang anda boleh dapatkan 3x mata ganjaran Mesra Rewards jika anda bayar guna Setel.

Illustrasi 3 pelanggan dan 1 juruwang di stesen minyak yang terlibat dalam kempen Semua Boleh Setel.

Tetapi, jika anda mempunyai masa dan kewangan yang mencukupi, anda boleh lakukan pemeriksaan profesional di pusat servis. Tingkatkan penjimatan menerusi 3% pulangan tunai dengan menghantar kenderaan anda ke salah satu bengkel yang berdaftar dengan Setel.

Senarai bengkel yang menerima Setel sebagai cara pembayaran.

Elakkan kecelakaan, utamakan keselamatan, semak kenderaan sebelum memulakan perjalanan.

Share this post

Latest Posts

Merancang untuk balik kampung tahun ini? Kami ada panduan ringkas untuk melancarkan perjalanan anda.

Alamanda shopping centre

Frame 14191

e-Receipt that is available instantly.

Popup E Receipts

Statements with details of every transaction.

Popup Transaction Statement

Day & time acceptance

C4

Product type acceptance

C3

Petrol station acceptance

C2

Velocity limit

C1

E-receipt

Image2

Dashboard

Bf Pop Xl
Bf Pop M
Bf Pop S

Step 5

Z5

Step 4

Z4

Step 3

Z3

Step 2

Z2

Step 1

Z1

Step 3

V3

Step 2

V2

Step 1

V

Precinct 4 & 5

2232

Precinct 2

434

Precinct 2 & 3

3323

Available at

Available at

Available at

Available at

Available at

Available at

Supermarket & Grocery Mart – Fresh Meat & Foods

Supermarket & Grocery Mart – Frozen Foods

Supermarket & Grocery Mart – Fruits & Vegetables

Supermarket & Grocery Mart – Organic Food

Supermarket & Grocery Mart – Seafood

Specialty & Services – Logistics

Specialty & Services – Food Delivery & Meal Prep