Memperkenalkan laman utama Setel yang terbaru: Satu aplikasi, semua keperluan pengguna

Hai sahabat! Perasan tak apa yang berbeza bila anda buka aplikasi Setel? Laman utama kami ada wajah baharu!

Apabila Setel diperkenalkan pada 2018, tujuan kami adalah untuk mengubah sistem pembayaran minyak dan menyelesaikan masalah pelanggan di stesen minyak. Pada hari ini, pengalaman pengisian Setel yang lancar dinikmati dan dicintai oleh orang ramai.

Dengan mengutamakan pengalaman pelanggan, kami telah mengembangkan misi kami untuk mecorak perjalanan harian dengan menambah baik aplikasi Setel. Sama ada isi minyak, parkir, insurans atau takaful kenderaan, cukai jalan, pengecasan EV, bantuan auto 24/7, beli-belah di kedai atau dalam talian, semuanya ada dalam 1 aplikasi — sedia menemani anda di jalan raya.

Di samping perjalanan ini, kami hendak menambah baik pengalaman anda menggunakan aplikasi Setel.

Mengambil iktibar daripada pengalaman lalu

Daripada pemerhatian gelagat pelanggan, kami belajar bahawa:

  • Pengisian minyak berfungsi dengan sempurna, tapi bukan sebab kewujudan peta. Malah, butang panggilan bertindak (call-to-action) yang memudahkan pembelian minyak kerana “Beli petrol” dan “nombor pam” (jika anda telah aktifkan Pengisian one-tap) senang untuk difahami.
  • Kami sedar bahawa peta tidak wajib pun (walaupun sejuk mata memandangnya).
  • Perkhidmatan mobiliti yang terletak di bawah peta menyusahkan pengguna untuk mencarinya.
  • Pengguna kami memang suka mata ganjaran Mesra Rewards, tapi tak semua tahu cara untuk menebuskannya.
  • Cara untuk tambah nilai dan menukar cara pembayaran tidak begitu jelas dari halaman utama.

Berdasarkan pembelajaran berikut, kami mengambil kesempatan ini untuk mereka semula lama utama kami untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Apa yang baharu?

Laman Utama Baharu Aplikasi Setel

Sekarang semudah 1,2,3 untuk mengurus semua keperluan kenderaan anda. Reka bentuk laman utama kami yang jelas dan ringkas dibina berdasarkan prinsip berikut:

  • Setel dapat mencorak perjalanan harian anda: Mengubah persepsi pengguna daripada menggunakan Setel untuk isi minyak sahaja kepada penggunaan yang lebih luas seperti parkir jalanan, pengecasan EV, dan perkhidmatan lain.
  • Berfungsi dengan baik dan mesra pengguna: Menarik perhatian pengguna kepada fungsi yang sering digunakan (tanpa perlu ‘scroll’ atau pencarian mendalam) seperti Dompet Setel atau kad bank, mata ganjaran Mesra Rewards, Imbas & bayar.
  • Papan pemuka yang mudah digunakan: Menawarkan pengalaman yang baru tapi mudah digunakan supaya pengguna tidak perlu belajar semula penggunaan aplikasi.
Reka bentuk laman utama aplikasi Setel

Bar utama (action bar) baharu untuk pintasan pantas

Bar Utama 1

Pengalaman laman utama baharu ini disertai dengan bar utama untuk pintasan pantas ke fungsi yang sering digunakan.

Inilah fungsi yang terdapat di bar utama:

  • Imbas & bayarPintasan pantas ke pengimbas kamera DuitNow QR dan Setel QR.
  • Tambah nilai dengan pantas dan tukar cara pembayaran: Butang untuk menambah nilai Dompet Setel atau menukar kepada kad bank.
  • Mata ganjaran Mesra Rewards: Semak mata ganjaran yang dikumpul, aktifkan Mesra Rewards, serta tebus mata ganjaran kepada baki Dompet Setel.
  • Profil kenderaan: Tambah nombor pendaftaran kenderaan anda untuk pembayaran parkir automatik (di Suria KLCC, Alamanda Shopping Centre, KL Convention Centre, dan lain-lain), atau tambah kenderaan EV untuk menukar aplikasi kepada paparan pengecasan EV.

Pelbagai perkhidmatan untuk kenderaan anda

Pelbagai Fungsi Aplikasi Setel

Dengan pemindahan peta dari laman utama, kami dapat memaparkan lebih banyak perkhidmatan pada pandangan pertama. Tidak perlu lagi untuk ‘scroll’ ke bawah. Jangan risau, peta tersebut masih wujud jika anda hendak melihatnya. Hanya perlu tekan “Stesen minyak” untuk membukanya.

Perkhidmatan bantuan auto 24/7 seperti tukar bateri, renjat bateri, tukar tayar, buka kenderaan terkunci, dan kereta tunda kini terletak di bahagian atas supaya anda mudah menggunakannya.

Apa rancangan seterusnya?

Pada minggu yang akan datang, kami akan terus menambaik baik laman utama untuk mencadang tindakan terbaik berdasarkan lokasi semasa anda.

Tidak lama lagi anda boleh menyemak sama ada lokasi parkir jalanan anda diterima oleh Setel, justeru membolehkan anda untuk bayar parkir dengan pantas. Selain itu, pintasan pantas ke stesen terdekat untuk isi minyak atau pengecas EV untuk mulakan pengecasan akan diperkenalkan.

Rancangan seterusnya aplikasi Setel

Dengan penuh kasih sayang, pasukan kami telah berusaha untuk menyediakan pengalaman Setel yang terbaru ini.

Kami berharap anda suka versi terbaharu ini sama seperti kami. Seperti biasa, maklum malas anda amat dialukan. Kami membaca setiap komen anda. Kongsi pendapat anda tentang pengemaskinian terbaru ini, dan kami akan terus menambah baik perkhidmatan kami untuk perjalanan harian anda.

Kemas kini aplikasi Seteluntuk cuba laman baharu ini!

Share this post

Latest Posts

Merancang untuk balik kampung tahun ini? Kami ada panduan ringkas untuk melancarkan perjalanan anda.

Alamanda shopping centre

Frame 14191

e-Receipt that is available instantly.

Popup E Receipts

Statements with details of every transaction.

Popup Transaction Statement

Day & time acceptance

C4

Product type acceptance

C3

Petrol station acceptance

C2

Velocity limit

C1

E-receipt

Image2

Dashboard

Bf Pop Xl
Bf Pop M
Bf Pop S

Step 5

Z5

Step 4

Z4

Step 3

Z3

Step 2

Z2

Step 1

Z1

Step 3

V3

Step 2

V2

Step 1

V

Precinct 4 & 5

2232

Precinct 2

434

Precinct 2 & 3

3323

Available at

Available at

Available at

Available at

Available at

Available at

Supermarket & Grocery Mart – Fresh Meat & Foods

Supermarket & Grocery Mart – Frozen Foods

Supermarket & Grocery Mart – Fruits & Vegetables

Supermarket & Grocery Mart – Organic Food

Supermarket & Grocery Mart – Seafood

Specialty & Services – Logistics

Specialty & Services – Food Delivery & Meal Prep