Macam mana nak menjana pendapatan tambahan melalui rujukan?

Sebuah jam dengan perkataan 'Time to refer A FRIEND'.

Tengah fikir cara untuk kumpul lebih duit? Rujuk rakan je lah! Program Rujuk Rakan Setel merupakan salah satu cara untuk menjana pendapatan tambahan dengan menggalakkan aplikasi Setel kepada orang lain. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan tentang program ini dan berkongsi beberapa langkah untuk menjayakan rujukan anda.

Rujuk rakan ke Setel dan dapat RM7 secara percuma!

Gambar seseorang sedang merujuk rakan.

Dengan program Rujuk Rakan kami, anda dapat sebarkan kelebihan Setel kepada orang lain. Ajak kenalan anda untuk daftar guna kod rujukan anda, kemudian galakkan mereka untuk belanja dengan Setel. Anda berdua akan dapat RM7 Pulangan Tunai Setel. Inilah kita panggil situasi sama adil!

Tetapi untuk dapatkan pulangan tunai tersebut, orang yang anda rujuk perlu belanja RM30 dengan Setel untuk mana-mana fungsi yang berikut:

Fungsi Setel yang terlibat dalam Rujuk Rakan.
  • Fuel
  • Deliver2Me
  • Setel QR (excluding DuitNow QR) or online transactions
  • Kedai Mesra
  • PETRONAS Shop
  • Parking
  • EV charging
  • Road tax
  • 24/7 auto assistance (battery replacement, jump-start, towing service, tyre change, emergency fuel, vehicle unlock)
  • Motor insurance & takaful

Jom lah kongsi kod rujukan anda

Semudah 1, 2, 3 sahaja! Ikut langkah mudah berikut untuk rujuk kenalan anda ke Setel.

Langkah 1

Langkah 1

Buka Setel dan pergi ke ‘Profil’

Langkah 2

Langkah 2

Tekan ikon ‘Rujuk rakan’ di bawah nama anda.

Langkah 3

Langkah 3

Kongsi kod rujukan unik anda kepada semua kenalan!

Lihat rujukan anda bertambah

Petua 2

Sekarang anda dah lebih kenal dengan program Rujuk Rakan. Jadi, kami nak kongsi beberapa cadangan untuk bantu anda dapat lebih banyak rujukan.

Manfaatkan laman media sosial

Anda boleh kongsi kod rujukan anda di pelbagai laman media sosial seperti X, Instagram, Facebook, atau TikTok. Pilih laman yang sesuai, yakni yang mempunyai jumlah pengikut yang tertinggi, untuk membantu anda meningkatkan ‘views’. Tak perlu nak ‘spam’ pengikut dengan kod rujukan anda. Sebaliknya, anda boleh cipta ‘post’ atau ‘story’ untuk menerangkan fungsi Setel. Kenalan anda pasti akan tertarik dengan bagaimana Setel boleh memudahkan dan melancarkan kehidupan mereka. Pastikan kod rujukan anda dipamerkan dalam setiap ‘post’ supaya pengikut anda boleh menggunakannya.

Contohnya macam orang ni yang kongsikan kod rujukannya melalui TikTok!

@yes_iman

Isi minyak dengan SETEL memang mudah. Siap boleh dapat DUIT MINYAK FREE RM7.00 bila korang guna code “qp8xk” #SETEL #SETELpetronas #Petronas

♬ original sound – Iman Kamil – Iman Kamil

Buktikan kemudahan Setel

Tindak-tanduk lebih bermakna daripada kata-kata. Jika nak galakkan orang guna Setel, anda terlebih dahulu perlu gunakannya dengan kerap. Buktikan kemudahan Setel apabila anda mengisi minyak, parkir, membeli-belah, atau perlukan bantuan kenderaan. Sebagai contoh, anda boleh buktikan kemudahan Setel apabila anda berada di stesen PETRONAS. Tunjukkan cara anda membayar dan mengaktifkan pam minyak daripada kenderaan (tanpa perlu beratur di kaunter pun!). Selain itu, anda boleh tunjukkan cara untuk imbas dan bayar sewaktu membeli-belah. Semuanya tanpa tunai!

Apabila kenalan anda dapat menyaksikan kemudahan Setel dengan mata sendiri, mereka akan lebih tertarik untuk guna Setel. Apa lagi kalau mereka dah tunjuk minat? Hantar lah rujukan untuk daftar dengan aplikasi Setel.

Rujuk ketika promosi atau kempen

Pilih masa yang paling sesuai untuk kongsikan kod rujukan anda. Manfaatkan promosi atau kempen lain yang sedang dijalankan oleh Setel. Kenalan anda boleh nikmati ganjaran tambahan apabila mereka mendaftar dengan kod rujukan ketika promosi atau kempen dijalankan. Misalnya, mereka boleh dapatkan pulangan tunai 3% bagi perbelanjaan tertentu dalam aplikasi Setel (Sah sehingga 31 Disember 2023. Tertakluk terma dan syarat.).

3 Cashback 2

Other than that, they will also get rewarded when they shop for groceries, food and drinks, as well as other daily needs. 10% cashback is theirs when they shop at selected merchants (Valid until 12 January 2024. Terms and conditions apply.).

Kedai yang layak untuk pulangan tunai 10%.

Rujukan anda bukan sahaja untuk menjana pendapatan tambahan, malah merupakan bukti kepercayaan anda terhadap Setel. Pengalaman positif anda dapat membantu orang lain untuk jumpa dan guna aplikasi Setel sebagai peneman setia di jalan raya. Dengan Setel, anda bukan sahaja dapat mengisi minyakdanmengumpul mata ganjaran Mesra Rewards. Anda juga boleh buat pembayaran tanpa tunai bagi keperluan kenderaan dan keperluan harian. Tak perlu nak guna aplikasi lain!

Jadi kongsilah kemudahan Setel dengan kenalan anda. Mulakan perjalanan rujukan anda hari ini.

Share this post

Latest Posts

Merancang untuk balik kampung tahun ini? Kami ada panduan ringkas untuk melancarkan perjalanan anda.

Alamanda shopping centre

Frame 14191

e-Receipt that is available instantly.

Popup E Receipts

Statements with details of every transaction.

Popup Transaction Statement

Day & time acceptance

C4

Product type acceptance

C3

Petrol station acceptance

C2

Velocity limit

C1

E-receipt

Image2

Dashboard

Bf Pop Xl
Bf Pop M
Bf Pop S

Step 5

Z5

Step 4

Z4

Step 3

Z3

Step 2

Z2

Step 1

Z1

Step 3

V3

Step 2

V2

Step 1

V

Precinct 4 & 5

2232

Precinct 2

434

Precinct 2 & 3

3323

Available at

Available at

Available at

Available at

Available at

Available at

Supermarket & Grocery Mart – Fresh Meat & Foods

Supermarket & Grocery Mart – Frozen Foods

Supermarket & Grocery Mart – Fruits & Vegetables

Supermarket & Grocery Mart – Organic Food

Supermarket & Grocery Mart – Seafood

Specialty & Services – Logistics

Specialty & Services – Food Delivery & Meal Prep