Pada Februari 2023, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan bahawa pemilik kenderaan persendirian tidak lagi wajib mempamerkan cukai jalan mereka, justeru menandakan satu langkah penting dalam transformasi digital negara. Peralihan digital ini juga melibatkan lesen memandu, mengecualikan pemilik kenderaan persendirian daripada membawa salinan fizikal lesen mereka.
Pengenalan aplikasi mudah alih myJPJ selaras dengan usaha pendigitalan ini, membolehkan pemilik kenderaan persendirian untuk membuka salinan digital cukai jalan dan lesen memandu mereka melalui aplikasi tersebut. Langkah ini bakal mengurangkan jumlah pengunjung di pejabat JPJ dan menjimatkan kos percetakan. Kesannya ialah penjimatan tahunan kerajaan sebanyak RM96 juta. Dana ini boleh digunakan untuk menambahbaik aplikasi dan menangani keperluan kerajaan yang lain.
Anda mungkin ada beberapa soalan berkaitan cukai jalan digital, seperti:
- Bagaimana nak lihat cukai jalan digital saya?
- Apa yang perlu saya buat ketika sekatan jalan raya?
- Bagaimana jika saya tidak boleh buka aplikasi?
- Bagaimana cara membaharui cukai jalan digital saya?
Jangan risau, kami sedia menjawab semua pertanyaan bagi memastikan anda boleh beralih ke era digital dengan lancar.
Bagaimana nak lihat cukai jalan digital saya?
Sama ada anda seorang pemandu mahir atau baru nak mula memandu, anda mungkin tidak pasti cara untuk melihat cukai jalan digital kerana ia merupakan proses baharu. Kami telah menyediakan panduan menyeluruh untuk membantu anda memahami cara muat turun, daftar, dan lihat cukai jalan digital anda melalui aplikasi mudah alih MyJPJ.
Pertama, anda perlu muat turun dan daftar untuk akaun myJPJ.
Langkah 1
Muat turun aplikasi myJPJ daripada App Store atau Google Play.
Langkah 2
Daftar akaun baharu.
Langkah 3
Semak butiran log masuk di emel anda.
Langkah 4
Log masuk guna ID dan kata laluan sementara anda.
Langkah 5
Jawab beberapa soalan bagi log masuk kali pertama.
Kemudian, anda boleh melihat cukai jalan digital anda dengan beberapa sentuhan sahaja.
Langkah 1
Dari halaman utama, pergi ke ‘Profil’.
Langkah 2
Tekan pada laman ‘Lesen kenderaan motor’.
Langkah 3
Jika anda memiliki lebih daripada satu kenderaan, pilih plat nombor kenderaan yang dikehendaki.
Langkah 4
Siap! Anda kini boleh lihat cukai jalan digital anda.
Apa yang perlu saya buat ketika sekatan jalan raya?
Buka aplikasi myJPJ sebelum giliran anda tiba untuk pemeriksaan sekatan jalan raya. Ini akan beri anda masa untuk aplikasi dipaparkan sepenuhnya. Tibanya giliran anda, hanya perlu tunjukkan cukai jalan anda kepada pegawai penguatkuasa.
Jangan risau jika anda memandu kenderaan orang lain. Aplikasi myJPJ membolehkan pemilik kenderaan untuk kongi cukai jalan digital mereka melalui kod pengaktifan 24 jam dengan ahli keluarga, rakan atau individu lain yang mempunyai kebenaran untuk memandu kenderaan tersebut.
Bagaimana jika saya tidak boleh buka aplikasi?
Ada kalanya anda mungkin tidak boleh buka aplikasi kerana telefon mati atau tiada sambungan internet. Bertenang saja kerana pegawai penguatkuasa boleh semak cukai jalan anda menggunakan peranti mereka tersendiri.
Jika anda tidak memiliki telefon pintar atau warga emas yang kurang mahir dengan teknologi, kami sarankan agar anda cetak cukai jalan fizikal di mana-mana cawangan JPJ.
Bagaimana cara membaharui cukai jalan digital saya?
Bagi memperkasakan usaha pendigitalan, pemilik kenderaan persendirian turut digalakkan untuk membaharui cukai jalan mereka dalam talian bagi menjimatkan masa dan kos. Setel menawarkan cara yang pantas dan mudah untukperbaharui cukai jalan anda dalam talian. Prosesnya mudah sahaja kerana anda tidak perlu isi apa-apa borang – semua maklumat kenderaan anda disimpan dalam aplikasi. Anda juga akan dapat maklumat terus berkaitan status dan kelulusan cukai jalan.
Langkah 1
Buka Setel dan tekan
‘Cukai jalan’.
Langkah 2
Isi atau sahkan maklumat kenderaan.
Langkah 3
Pilih jenis cukai jalan yang anda mahu.
Langkah 4
Bayar guna Dompet Setel atau kad bank.
Langkah 5
Anda cuma perlu tunggu sementara kami siapkan cukai jalan.
Sebagai bonus, anda akan mendapat sehingga 3% pulangan tunai apabila anda memperbaharui cukai jalan anda (sah sehingga 31 Januari 2024). Gunakannya untuk bayarminyak, parkir, insurans kenderaan, beli-belah, dan banyak lagi.
Syabas, anda sudah tahu asas cukai jalan digital! Pandulah dengan penuh keyakinan dan tak perlu risau tentang mana-mana sekatan jalan raya. Ingat, perbaharui cukai jalan anda sebelum tamat tempoh adalah kunci kepada perjalanan yang lancar.
CARs AEON Mall KB