Sambutan Tahun Baru Cina semakin hampir, dan pasti bandaraya Kuala Lumpur akan menjadi meriah dengan ramai orang. Ada rancang untuk melawat mana-mana pusat beli-belah ketika perayaan ini? Jom ketahui cara pembayaran parkir yang paling sesuai untuk anda.
Kami akan membantu anda memahami kelebihan dan kekurangan setiap cara pembayaran supaya anda boleh pilih yang paling sesuai untuk anda.
Pembayaran tunai
Kaedah sepanjang zaman, pembayaran tunai masih diterima di kebanyakan pusat beli-belah di Kuala Lumpur. Wang tunai digunakan untuk bayar tiket parkir di mesin layan diri. Warga emas suka cara pembayaran ini kerana mereka tidak terbiasa dengan cara pembayaran tanpa tunai seperti kad bank atau e-Dompet. Pembayaran tunai tidak memerlukan aplikasi, akaun, atau pendaftaran kenderaan. Memang mudah untuk semua orang.
Cuma boleh jadi leceh kerana anda perlu ada duit kecil untuk bayar tiket parkir. Tambahan pula, mencari dan beratur di mesin tiket boleh memakan masa.
Kad tanpa sentuh
Sejak Covid-19, pembayaran parkir digital semakin diutamakan dan kini diterima di kebanyakan pusat beli-belah. Hanya perlu menyentuh kad anda di mesin parkir semasa masuk dan keluar parkir. Cara ini sangat memudahkan kerana anda tidak perlu beratur di tiket mesin, justeru menjimatkan masa dan tenaga anda.
Tapi cara ini bukanlah sempurna. Masalah teknikal seperti kad gagal dibaca boleh berlaku dan menyebabkan kesulitan untuk masuk atau keluar parkir. Selain itu, sesetengah pengusaha tempat parkir mengenakan bayaran tambahan bagi pembayaran tanpa sentuh. Maka, anda perlu cakna tentang apa-apa bayaran tambahan apabila anda memilih cara pembayaran ini.
Imbas kod QR
Sama seperti kad tanpa sentuh, kod QR merupakan cara pembayaran yang cepat dan mudah. Dengan Setel, anda boleh imbas kod Setel QR untuk bayar parkir di Alamanda Shopping Centre, Presint 2, 3, 4, dan 5. Semak Rekod Pembayaran dalam aplikasi untuk rancang perbelanjaan dan buat tuntutan. Lagi best, semuanya mesra alam kerana e-resit boleh dibuka dan dihantar melalui aplikasi.
Namun begitu, cara imbas kod QR ini tidak mempunyai liputan luas kerana ia boleh digunakan di lokasi terpilih sahaja. Pastikan anda telah semak terlebih dahulu jika lokasi tersebut menerima Setel. Paling penting, pastikan telefon pintar anda mempunyai sambungan internet yang baik. Cara ini tidak sesuai bagi orang yang tidak memiliki telefon pintar atau menghadapai masalah internet.
Pengecaman Plat Lesen
Pengecaman Plat Lesen (LPR) merupakan teknologi terkini yang membenarkan pemandu untuk masuk dan keluar parkir secara automatik. Nombor plat kenderaan anda akan diimbas dan anda boleh terus pandu masuk dan keluar – tak perlu nak guna tunai, kad, atau tiket pun. Dengan Setel, anda hanya perlu masukkan kenderaan anda untuk kali pertama sahaja. Kami akan uruskan yang lain.
Walau bagaimanapun, teknologi LPR masih dalam fasa perkembangan dan hanya boleh digunakan di lokasi parkir tertentu sahaja. Setakat 9 Februari 2024, parkir automatik Setel boleh digunakan di Suria KLCC, Kompleks Dayabumi, Permata Sapura (Lot 91), Neo Cyber, Tamarind Square, dan lokasi tertentu lain. Parkir automatik Setel juga akan diperluaskan ke lokasi lain pada masa akan datang. Walaupun LPR ini sangat memudahkan, anda mungkin akan menghadapi masalah teknikal yang menyebabkan anda tersekat di pagar keluar.
Sehingga 31 Mac 2024, nikmati 50% pulangan tunai untuk 3 kali parkir dengan Setel.
Lagi syok, nikmati 3% pulangan tunaisetiap kali anda parkir dengan Setel (sah sehingga 9 Februari 2024).
Bukan itu sahaja! Apabila anda bayar parkir guna Setel, anda akan dapat penyertaan bonus untuk menang hadiah menarik melalui kempen Golden Rewards kami. (Tempoh kempen: 1-29 Februari 2024. Tertakluk terma & syarat.)
Tak perlu risau lagi tentang pembayaran parkir apabila anda nak keluar ke pusat beli-belah untuk sambutan Tahun Baru Cina. Setiap satu cara pembayaran parkir mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jadi pilih lah cara yang paling sesuai untuk anda supaya pengalaman parkir menjadi mudah dan lancar.
CARs AEON Mall KB