Para pekerja di Malaysia pada masa kini lebih suka cara kerja anjal yang membenarkan mereka mengatur jadual dan tempat kerja sendiri. Sebab itu ramai yang memilih untuk bekerja sendiri. Antara kerja sendiri yang menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah penghantar makanan, pemandu ‘e-hailling’, pemandu lori, dan penghantar utusan. Pekerjaan-pekerjaan ini merupakan penggerak industri yang mempunyai permintaan tinggi.
Kami ada beberapa petua berguna untuk para pemandu ‘e-hailling’ dan penghantar makanan yang baru ingin mencuba atau yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini.
Cari landasan pekerjaan yang betul
Salah satu langkah penting untuk mula bekerja sendiri adalah memilih landasan yang tepat dan selari dengan gaya hidup serta matlamat peribadi. Untuk memilih landasan yang sesuai, anda perlu kenal pasti jenis pekerjaan yang anda ingin lakukan sama ada penghantar makanan, pengelola pengangkutan, atau menjalankan tugas am. Dengan mengenal pasti jenis pekerjaan yang anda ingin lakukan, anda boleh pilih aplikasi atau laman web yang bersesuaian.
Yang penting, anda perlu luangkan sedikit masa untuk kaji laman pekerjaan di Malaysia. Setiap laman mempunyai syarat, pembayaran, dan cara bekerja yang ditetapkan. Anda juga boleh baca maklum balas, teroka perbincangan di forum dalam talian, atau dapatkan nasihat mereka yang berpengalaman sebelum memilih laman pekerjaan yang sesuai.
Namun begitu, anda tak perlu risau kerana anda boleh bertukar ke laman pekerjaan lain jika anda tidak berpuas hati dengan laman pilihan pertama.
Manfaatkan jaringan kenalan
Mencari pelanggan kini lebih mudah, lebih-lebih lagi dalam dunia pekerjaan berlandaskan laman dalam talian. Tapi anda harus ingat, semakin hari persaingan semakin tinggi kerana lebih ramai ingin bekerja sendiri. Oleh itu, anda harus bijak menggunakan cara lain selain laman dalam talian untuk mendapatkan pelanggan. Antara cara yang boleh meningkatkan jumlah pelanggan adalah menerusi keluarga dan kenalan.
Ini kerana mereka kemungkinan besar akan menjadi pelanggan terawal anda. Bukan itu sahaja. Mereka juga mungkin akan menjadi penyokong paling setia. Ajak mereka gunakan perkhidmatan anda dan kalau mereka suka, minta mereka hebahkan di media sosial.
Sama ada anda seorang pemandu upahan, penghantar makanan, atau menawarkan apa-apa saja perkhidmatan persendirian, jangan lupa untuk luaskan jaringan kenalan kerana ia mungkin akan membuka lebih banyak peluang kejayaan.
Tingkatkan kualiti berbanding kuantiti
Tidak dapat dinafikan apabila anda bekerja sendiri, siapa cepat dia dapat. Tapi anda juga perlu ingat bahawa semahal-mahal gading, kalau patah tiada berharga. Contohnya apabila terlalu mengejar bilangan perjalanan. Hidangan yang perlu dihantar mungkin akan tumpah atau penumpang mungkin akan merasa tidak selesa.
Ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam pelanggan. Lantas, mereka akan memberikan maklum balas tidak baik dan berhenti menggunakan perkhidmatan anda. Sebab itu anda perlu mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Tak perlu terburu-buru. Pastikan hidangan atau penumpang yang anda perlu hantar sampai ke destinasi dalam waktu yang munasabah. Pelanggan yang gembira akan terus menggunakan perkhidmatan anda, menjamin kejayaan berpanjangan.
Pantau perbelanjaan anda
Memandangkan pendapatan bekerja sendiri bergantung pada jumlah kerja yang anda lakukan, maka pemantauan amat penting untuk kawal perbelanjaan. Antara perkara yang memakan perbelanjaan tinggi dalam kalangan penghantar makanan, pemandu ‘e-hailling’, dan pemandu lori adalah minyak kenderaan. Di sinilah Setel dapat membantu. Dengan Setel, anda boleh lihat setiap pembayaran minyak menerusi e-Resit dalam aplikasi.
Dapatkan tawaran terbaik
Dalam menghadapi kos sara hidup yang makin meningkat di Malaysia, setiap sen adalah berharga. Antara langkah wajar untuk menghadapi perkara ini adalah dengan mengurangkan kos dan meningkatkan pendapatan. Salah satu caranya adalah dengan memanfaatkan tawaran yang ada, dan Setel ada pelbagai tawaran hebat untuk pemandu.
Dengan Setel, setiap sen yang dibelanjakan boleh mendatangkan penjimatan dan pendapatan berganda. Nikmati sehingga 3x mata ganjaran Mesra Rewards bagi setiap RM1 yang dibelanjakan dengan Setel. Mata ganjaran tersebut boleh ditukarkan kepada wang dalam Dompet Setel. Nilai pertukaran 1 mata ganjaran adalah 1 sen. Jadi, kalau anda tukar 1,000 mata ganjaran, anda akan dapat RM10!
Terdapat pelbagai promosi yang sedang dijalankan oleh Setel seperti:
- Nikmati sehingga RM300 pulangan tunai untuk isi minyak apabila anda beli insurans/takaful kenderaan menerusi Setel.
- Dapatkanpulangan tunai RM20 apabila anda tukar bateri kereta menggunakan fungsi Bantuan Auto 24/7.
- Jual kereta dengan MyTukar menerusi Setel dan nikmati pulangan tunai RM350.
- Beli kereta dengan MyTukar menerusi Setel dan dapatkan pulangan tunai RM450.
Nantikan banyak lagi promosi hebat dalam masa terdekat. Dapatkan berita terkini mengenai promosi menerusi media sosial dan laman web.
Kami berharap agar panduan ini dapat membantu anda menjana pendapatan sendiri. Bekerja sendiri tidaklah mudah, tapi ingatlah bahawa perkhidmatan yang anda tawarkan dapat memudahkan urusan jutaan manusia. Penghantaran makanan menjimatkan masa warga muda yang sibuk bekerja, penghantaran barang dapur meringankan beban ibu bapa yang kuat bekerja, semuanya menjadi jasa kerana memudahkan urusan harian semua.
Disebabkan anda memudahkan urusan harian masyarakat, maka kami si Setel cuba sedaya upaya untuk mempermudahkan urusan anda. Maka dengan itu, kami menggalakkan anda beri maklum balas dan cadangan menerusi laman media sosial. Ini kerana cadangan anda mungkin akan membentuk masa depan aplikasi kami.
CARs AEON Mall KB