Seperti biasa bila Hari Raja menjelang, pasti timbul persoalan “Balik kampung kat mana tahun ni?”
Hari Raya lah masanya untuk orang bujang, berpasangan, dan keluarga balik kampung untuk menyambut Syawal dengan orang tersayang. Namun demikian, musim balik kampung raya ini merupakan waktu yang paling teruk kesesakan jalan raya.
Tapi jangan risau, ada beberapa langkah yang anda boleh ikut untuk memudahkan perjalanan balik kampung anda.
Langkah 1: Rancang perjalanan anda dengan strategik
Pasti ramai orang dah jangka kesesakan jalan raya waktu musim balik kampung. Tapi ramai tak tahu, waktu buka puasa paling sesuai untuk memandu di jalan raya. Ini kerana jalan raya akan menjadi kurang sesak kerana ramai pemandu akan berhenti untuk berbuka puasa. Jangan lupa untuk bungkus makanan siap-siap untuk berbuka! Memang penting sebagai langkah seterusnya…
Langkah 2: Bungkus makanan ringan
Kami sarankan anda membungkus makanan ringan supaya anda tidak perlu berhenti di R&R untuk berbuka. Boleh lah jimat masa kerana tak perlu nak masuk dan hadap orang ramai. Dapatkan roti, kacang, snek, dan minuman dari Kedai Mesra supaya anda bersedia untuk berbuka dalam perjalanan.
Langkah 3: Singgah & rehat di stesen PETRONAS
Biar lambat sampai kampung, asalkan selamat. Sebagai pemandu, pastikan anda berhenti apabila penat atau mengantuk untuk rehat sementara. Boleh berhenti rehat di stesen PETRONAS, di mana anda boleh:
- Isi minyak kenderaan
- Tidur seketika supaya tidak terlelap di jalan raya
- Solat di surau yang disediakan
- Buka puasa di Café Mesra
Nikmati kuih dan pastri lazat, serta kopi segar dengan harga berpatutan di cawangan Café Mesra yang terletak di stesen PETRONAS terpilih. Guna fungsi Deliver2Me Setel untuk beli barangan dari Café Mesra tanpa perlu keluar kenderaan.
Bayar guna Setel QR
Buka puasa dalam perjalanan dengan Kedai Mesra dan Café Mesra, dan nikmati proses pembayaran yang lancar melalui Setel QR. Hanya perlu imbas Setel QR di kaunter. Senang sahaja.
Khas di bulan Ramadan, anda boleh nikmati 3x mata ganjaran Mesra Rewards bagi setiap pembelian RM1 di Kedai Mesra (sah sehingga 30 April 2024).
Bukan itu sahaja. Anda juga akan dapat 1 mata ganjaran Mesra Rewards bagi setiap pembelian RM5 di Café Mesra (sah sehingga 30 April 2024). Mata ganjaran berganda untuk anda!
Perjalanan balik kampung tidak semestinya mengorbankan masa berbuka puasa dengan keluarga tercinta. Ikut langkah mudah kami supaya anda boleh sampai kampung dengan selamat. Baru lah boleh luangkan masa untuk keluarga dan ibadah. Selamat balik kampung!
CARs AEON Mall KB