Pastikan akaun Setel anda selamat
Lindungi identiti anda dan cegah transaksi tidak sah dengan tips – tips berguna ini.
Sahkan akaun anda
Sahkan pemilikan akaun dan identiti anda melalui proses Pengesahan Akaun
Elektronik (e-KYC).
- Pergi ke “Profil”
- Pilih “Sahkan akaun”
- Ketik “Sahkan sekarang”
- Berikan info anda, identifikasi, dan gambar.
Aktifkan pengesahan biometrik.
Sahkan semua transaksi melalui FaceID, TouchID, atau pengesahan cap jari.
- Pergi ke “Profil”
- Pilih “Keselamatan”
- Benarkan FaceID / TouchID / pengesahan cap jari.
- Pengesahan biometrik diaktifkan. Jika ia bukan anda, apa – apa pembayaran tidak akan dibenarkan.
Aktifkan kod keselamatan untuk Setel QR.
Cegah penggunaan tidak sah Setel QR anda.
- Pergi ke “Profil”
- Pilih “Keselamatan”
- Benarkan “Perlukan kod keselamatan”
- Kod keselamatan sekarang diperlukan untuk pembelian di kedai dan / atau pembayaran parkir menggunakan Setel QR.
Sahkan emel anda
Untuk memastikan hanya individu sebenar menggunakan emel yang sah berdaftar
dengan Setel.
- Pergi ke “Profil”
- Pilih “Maklumat Peribadi”
- Kemaskini Alamat emel anda.
- Masukkan kata laluan sekali guna (OTP) yang dihantar ke emel anda.
- Selesai!
- Jangan kongsikan OTP anda dengan sesiapa.
Beri perhatian kepada aktiviti log masuk baharu.
Kami akan memaklumkan anda melalui peti masuk aplikasi dan emel (setelah disahkan) apabila terdapat aktiviti log masuk baharu. Tamatkan sesi tersebut jika ia
bukan anda.
- Sebagai langkah perlindungan, anda tidak dibenarkan untuk log masuk melalui lebih daripada satu peranti.
Hubungkan kepada peranti yang dipercayai.
Lindungi akaun Setel anda daripada log masuk yang tidak disahkan dengan menghubungkan akaun Setel anda dengan hanya satu peranti yang dipercayai.
- Pergi ke “Profil”
- Pilih “Peranti yang Dipercayai”
- Ketik “Hubungkan peranti ini”
- Selesai. Peranti anda sekarang dihubungkan.
Kawal cubaan log masuk daripada peranti yang tidak diketahui.
Benarkan atau tolak permohonan log masuk melalui pemberitahuan semasa di peranti yang dipercayai anda.
Anda akan dilog keluar daripada peranti yang dipercayai jika log masuk tersebut dibenarkan.
- Benarkan pemberitahuan semasa untuk menerima makluman.